SOKONGAN & MENTOR | PELABURAN SAHAM | TAWARAN AWAM PERMULAAN (IPO)

PAKAR PELABURAN SAHAM EKUITI DAN DERIVATIF ANDA

Pembukaan Akaun Saham

Pembukaan akaun pelaburan saham Ekuiti dan Derivatif secara ekslusif bersama remisier Rajaie Halim.

Khidmat Nasihat Pelaburan Profesional

Khidmat nasihat tentang pelaburan saham dalam pasaran Ekuiti termasuk IPO dan Derivatif secara profesional dan ekslusif.

Kursus Pelaburan Peribadi

Pembelajaran teknikal dan fundamental sebenar dalam menguruskan portfolio pelaburan saham Ekuiti dan Derivatif.

Rakan Strategik Bisnes

Jalin kerjasama sebagai rakan strategik Rajaie Halim dalam meneroka peluang membuat keuntungan dalam pasaran saham.

Rajaie Halim, CEWA

Rajaie Halim atau nama penuh Mohamed Rajaie bin Abd Halim merupakan seorang Remisier dan Penganalisis Elliott Wave Bertauliah (CEWA) yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada tahun 2014, beliau melanjutkan pengajian di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dalam Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian). Beliau mula berkecimpung dalam pelaburan saham sejak dari universiti.

Selepas menggenggam segulung Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik (Kepujian) daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), beliau terus berkhidmat sebagai seorang Jurutera Elektrik sambil menjadi pelabur saham Global dan Bursa Malaysia. Namun sebagai orang yang amat meminati pelaburan, beliau nekad untuk berhenti kerja sebagai Jurutera Elektrik bagi memberi fokus sepenuhnya sebagai Sophisticated Trader dalam dunia saham Global dan Bursa Malaysia pada tahun 2019.

Certified Elliott Wave Analyst (CEWA)

Rajaie Halim menggunakan Prinsip Elliott Wave sebagai teknik utama dalam analisis teknikal pasaran saham sejak tahun 2015. Beliau mendapat pengiktirafan rasmi sebagai Penganalisis Elliott Wave Bertauliah (CEWA) oleh badan antarabangsa, Elliott Wave International pada tahun 2021. Hari ini, beliau merupakan salah seorang daripada 2 orang sahaja di Malaysia yang diiktiraf sebagai CEWA. Kini, beliau aktif membantu rakyat Malaysia dari segi pembelajaran saham dan private consultation menerusi kepakaran dalam Elliott Wave Theory.

Dual Licensed Remisier

Remisier Rajaie Halim, CEWA mempunyai lesen sah daripada Suruhanjaya Sekuriti untuk menjalankan nasihat profesional dalam pasaran EKUITI dan DERIVATIF kepada pelabur di Malaysia (eCMSRL/C1788/2022 dan eCMSRL/C2330/2022).

Beliau juga merupakan pengasas Elliott Wave Malaysia
(elliottwavemalaysia.com)

Apa Kata Mereka Yang Telah Hadir Belajar?

Sangat berpuas hati dengan servis Tuan Rajaie sediakan. Membantu saya dari awal. Pembukaan akaun CDS, penggunaan platform, cara mudah jual beli saham. 5 bintang!

Suraya Hakim, 25

Asset 2

Cepat respon dengan soalan-soalan newbie saya. Plus friendly remisier. Boleh ajak mengopi dan sembang santai sambil belajar pasal saham. Kalau pandai main tennis atau golf boleh ajak dia. Jarang dia tak on!

Azmir Ahmad, 51

Soalan Lazim

Anda berpeluang untuk dapat TEKNIK dan ILMU SEBENAR dalam analisis teknikal dan fundamental saham secara komprehensif daripada Remisier Rajaie Halim, CEWA.

Certified Elliott Wave Analyst (CEWA) ialah pengiktirafan yang diberikan oleh badan rasmi antarabangsa, Elliott Wave International kepada Penganalis Elliott Wave Bertauliah yang layak. Elliott Wave merupakan salah satu teknik analisis terkenal dalam pasaran global yang berkesan sejak tahun 100 tahun (1902).

Remisier Rajaie Halim merupakan salah satu daripada hanya 2 orang sahaja di Malaysia setakat ini yang diberi pengiktirafan sebagai seorang CEWA.

Remisier Rajaie Halim mempunyai lesen sah daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC) dalam kedua-dua pasaran saham Ekuiti dan Derivatif.

Boleh. Anda boleh melabur dalam 7 pasaran saham global utama iaitu Amerika Syarikat (NASDAQ, NYSE, NYSE MKT LLC), Hong Kong (HKE), Singapura (SGX) dan Indonesia (IDX).

Anda boleh buka akaun saham pasaran Ekuiti dan Derivatif secara online atau manual. Sila Whatsapp nombor 012-6051902 untuk info dan bantuan lanjut.